SELAMAT DATANG KE LAMAN SPBT SK INTAN BAIDURI
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, laman sesawang SPBT SK Intan Baiduri iaitu http://spbtskib.weebly.com/ ini dapat diakses oleh kita semua. Sebagai pentadbir di sekolah ini, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi yang sejajar dengan hasrat kerajaan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa SPBT sekolah yang telah membangunkan dan seterusnya mengemaskini laman sesawang sekolah ini agar ianya sentiasa mempamerkan maklumat yang terkini. Saya yakin, dengan perancangan yang telah dibuat, usaha untuk menjadikan laman ini sebagai laman yang berguna dan bermanfaat kepada kita semua.
Akhir sekali, saya berharap kewujudan laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan ibu bapa murid-murid SK INTAN BAIDURI. Dalam perkembangan dunia tanpa sempadan ini saya merasa amat teruja dengan terbinanya laman sesawang ini.
Sekian, terima kasih.
(NORHAYATI BINTI ABD. KADIR)
Guru Besar
SK Intan Baiduri
52100 Kepong
WP Kuala Lumpur
JUMLAH
PENGUNJUNG
Penafian / Disclaimer
Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SPBT SK INTAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.
Harap maklum.
Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SPBT SK INTAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.
Harap maklum.