LATAR BELAKANG SPBT SK INTAN BAIDURI
SEJARAH PERKEMBANGAN BOSS SK INTAN BAIDURI.
Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) telah dibuka pada tahun 2003. Bilik ini terletak bersebelahan kedai buku sekolah. Setiausaha pertama unit SPBT telah dijawat oleh Puan Rohana binti Idris. Keadaan bilik yang agak luas memudahkan segala proses penerimaan buku teks dan penyimpanan buku teks adalah secara teratur.
Namun begitu, peningkatan jumlah murid dan jumlah buku dari tahun ke tahun telah mengakibatkan berlaku kepadatan buku teks di dalam BOSS. Buku-buku yang telah rosak terpaksa disimpan di dalam BOSS memandangkan tiada kelas atau stor yang boleh digunakan sebagai stor pelupusan. Walaupun begitu, operasi SBPT tetap berjalan dengan lancar dan efisien.
Atas keprihatinan pihak pengurusan yang peka atas masalah ini, maka pada penghujung 2009 pihak pengurusan telah mengambil inisiatif mengosongkan stor peralatan rosak di sebelah kedai buku sekolah supaya dapat dinaiktaraf menjadi stor pelupusan buku SPBT. Kewujudan stor pelupusan ini memudahkan lagi proses pelupusan buku rosak. Stor ini telah dapat digunakan bermula Januari 2010.
Pada Januari 2010 buat pertama kali selepas bilik BOSS ini dibuka pada tahun 2003, peralihan jawatan setiausaha SPBT telah berlaku. Puan Noorazura binti Idris telah menerima tanggungjawab untuk mengendalikan bilik ini. Kini, jawatankuasa SPBT yang baru menerajui kepimpinan SPBT saling bekerjasama untuk memastikan perjalanan pengurusan SPBT berada di tahap terbaik. Perubahan perlu dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa yang baru.
Kini usaha sedang dijalankan untuk memberi wajah baru kepada bilik BOSS dan Stor Pelupusan supaya ia dapat digunakan dengan semaksimum mungkin demi kepentingan murid. Kerjasama bersepadu dalam kalangan ahli jawatankuasa untuk merealisasikan impian pentadbir dan guru-guru SKIB ke arah kecemerlangan SPBT SKIB amatlah diharapkan.
Penafian / Disclaimer
Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SPBT SK INTAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.
Harap maklum.
Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SPBT SK INTAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.
Harap maklum.