PERATURAN BOSS
Berikut adalah perkara yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna BOSS:
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik BOSS tanpa kebenaran Guru
Penyelaras SPBT.
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman semasa masuk ke bilik BOSS.
3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan, bahan atau buku dari bilik
BOSS kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras SPBT.
4. Dilarang memakai kasut ketika berada di dalam bilik BOSS.
5. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke bilik BOSS untuk
pengambilan buku teks hendaklah memastikan murid dapat mematuhi setiap
peraturan di bilik BOSS.
6. Guru hendaklah merekodkan penerimaan Buku Panduan Guru yang dipinjam di
bilik BOSS di dalam buku rekod yang disediakan.
7. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik BOSS.
PERATURAN PENGGUNAAN BUKU TEKS
1. Tuliskan nama, kelas dan tarikh penerimaan pada ruang yang disediakan.
2. Balut semua buku teks yang telah diterima.
3. Dilarang menyimpan buku teks di dalam ruang meja sekolah selepas sesi waktu
persekolahan.
4. Pastikan buku teks berada dalam keadaan yang baik sepanjang tahun.
5. Buku yang telah hilang hendaklah diganti dengan buku yang baharu.
Penafian / Disclaimer
Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SPBT SK INTAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.
Harap maklum.